30 November 2016 - 11:50
Tindakan Perancis Memanggil Majlis Keselamatan Bersidang Sebuah Usaha Tarik Perhatian Dunia Daripada Situasi Di Mosul.

Wakil Rusia ke PBB, Vitaly Churkin berkata bahawa tindakan Perancis yang memanggil Majlis Keselamatan untuk bersidang berkaitan isu Syria dilihat sebagai percubaan negara itu untuk menarik perhatian umum daripada operasi yang sedang dilancarkan di Mosul, Iraq.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Wakil Rusia ke PBB, Vitaly Churkin berkata bahawa tindakan Perancis yang memanggil Majlis Keselamatan untuk bersidang berkaitan isu Syria dilihat sebagai percubaan negara itu untuk menarik perhatian umum daripada operasi yang sedang dilancarkan di Mosul, Iraq. Beliau menambah dengan mengatakan bahawa situasi di Mosul lebih dramatik daripada situsai di Aleppo.

"Terdapat sebuah motif sampingan iaitu menarik perhatian umum daripada situasi di Mosul yang daripada pelbagai aspek lebih dramatik daripada keadaan yang wujud di Aleppo," Churkin berkata kepada pemberita.