1 Disember 2016 - 19:37
Delegasi Ansarullah Houthi Tiba Di Beijing.

Sebuah delegasi daripada Gerakan Ansarullah Houthi telah tiba di Beijing untuk mengadakan perbincangan dengan para pegawai kanan negara itu berkaitan konflik yang melanda negara Yaman.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sebuah delegasi daripada Gerakan Ansarullah Houthi telah tiba di Beijing untuk mengadakan perbincangan dengan para pegawai kanan negara itu berkaitan konflik yang melanda negara Yaman.

Delegasi yang diketuai oleh jurucakap Gerakan Ansarullah Houthi, Mohammad Abdulsalam tiba di ibu kota Republik Rakyat China pada hari Khamis di atas jemputan kerajaan China sendiri.

Perbincangan di antara kedua-dua pihak dilaporkan akan terfokus kepada isu berkaitan hubungan dua hala kedua-dua pihak, penyelesaian konflik di Yaman dan bantuan China di dalam menangani krisis di negara Timur Tengah itu.

China sebelum ini berulang-kali menekankan bahawa konflik di Yaman perlu ditangani melalui pendekatan diplomatik.