7 Disember 2016 - 18:13
A.S Akan Tinggalkan Polisi Penukaran Rejim: Trump

Trump di sebuah pertemuan dengan penyokongnya di negeri North Carolina memberitahu mereka bahawa pentadbiran beliau akan meninggalkan polisi perubahan rejim dan kerajaan asing yang sudah berdekad-dekad diamalkan oleh Rumah Putih di seluruh dunia.

Agensi Beita Ahlul Bait (ABNA24) - Trump di sebuah pertemuan dengan penyokongnya di negeri North Carolina memberitahu mereka bahawa pentadbiran beliau akan meninggalkan polisi perubahan rejim dan kerajaan asing yang sudah berdekad-dekad diamalkan oleh Rumah Putih di seluruh dunia.

"Kita akan menghentikan gerakan ke arah menjatuhkan kerajaan asing yang kita tidak kenali," kata Trump pada hari Selasa. "Kitaran campur tangan yang membinasakan serta kekacauan perlu berakhir," katanya lagi.

Beliau juga menyatakan bahawa pentadbirannya hanya akan menggunakan kekerasan apabila kepentingan negara polis dunia itu berada di bawah ancaman. "Kami mahu memperkukuhkan persahabatan lama dan dalam masa yang sama membina persahabatan yang baru," tambah beliau.