Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tentera Syria telah menghentikan operasi ketenteraan mereka buat sementara waktu di Aleppo. Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Luar Persekutuan Rusia, Sergei Lavrov.
"Operasi tempur oleh tentera Syria di timur Aleppo telah digantung buat sementara waktu dikeranakan operasi terbesar dalam memindahkan orang awam dari kawasan itu sedang dijalankan. Sekumpulan 8000 orang, operasi ini sangat besar," kata Lavrov.
Lavrov juga berkata bahawa negara-negara Barat setakat ini tidak mengusulkan sebarang langkah-langkah konkrit untuk menangani krisis kemanusiaan di Aleppo.
Lavrov juga berkata bahawa Rusia meletakkan objektif untuk terus melawan para pengganas sehingga kehancuran mutlak mereka dan juga menegaskan bahawa objektif itu adalah selari dengan sebuah resolusi Majlis Keselamatan PBB.
"Strategi kami adalah mudah dan perkara itu berasaskan kepada sebuah resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menyatakan bahawa para pengganas harus diperangi secara berterusan sehingga penghapusan mutlak mereka," kata Lavrov.
Beliau juga berkata bahawa resolusi Majlis Keselamatan PBB juga menekankan semua pihak untuk berusaha menangani isu kemanusiaan dan memulakan proses penyelesaian secara politik di negara Syria.
Beliau turut menyatakan bahawa A.S tidak menyasarkan serangan mereka ke atas kumpulan Jabhat al-Nusra yang merupakan sekutu al-Qaeda di Syria.
"Berkaitan al-Nusra, (pihak) A.S tidak menyentuhnya langsung. Akan tetapi semasa perbincangan kami, mereka (pihak A.S) berusaha untuk mencipta sebuah formula perjanjian yang akan mengeluarkan al-Nusra daripada senarai sasaran serangan (ketenteraan)," kata Lavrov lagi.
8 Disember 2016 - 19:12
News ID: 796989
Tentera Syria telah menghentikan operasi ketenteraan mereka buat sementara waktu di Aleppo. Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Luar Persekutuan Rusia, Sergei Lavrov.