Persidangan Perpaduan Islam yang ke-30 telah dimulakan pada hari Khamis semalam dengan kehadiran Presiden Iran, Hassan Rouhani. Majlis itu turut dihadiri oleh Ahli Majlis Tertinggi Majma' Jahani Ahlul Bait, Ayatullah Araki, Setiausaha Agung Pertubuhan Taqribe Mazahibe Islami, Ayatullah Taskhiri serta para ulama Sunni dan Syiah yang lain. Persidangan tersebut berlangsung di Tehran.