Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Agensi perisikan Russia (FSB) berkata bahawa mereka telah menahan empat orang suspek sekaligus menggagalkan rancangan mereka untuk melancarkan serangan pengganas ke atas negara itu.
Serangan tersebut didakwa oleh pihak Rusia sebagai dirancang di Turki. FSB dalam sebuah kenyataannya yang dipetik oleh agensi berita Russia berkata bahawa para pegawainya telah menahan beberapa orang suspek yang berasal dari negara Moldova dan Tajikistan. Kesemua mereka disyaki "merancang untuk melancarkan beberapa serangan pengganas berprofil tinggi di sini dengan penggunaan peranti letupan mudah alih."
Mereka berkata, serangan itu dirancang oleh seorang pengganas yang berpangkalan di Turki. Pengganas yang dikaitkan dengan kumpulan Takfiri Daesh itu dilaporkan tersmasuk di dalam senarai mereka yang dikehendaki di Tajikistan kerana jenayah tidak dinyatakan.
Agensi itu turut berkata bahawa mereka membuat penahanan tersebut di dalam dan sekitar Moscow. Di dalam operasi tersebut, mereka turut menemui senjata automatik serta bahan letupan.
Russia membantu Tentera Arab Syria dengan memberi sokongan udara kepada mereka dalam upaya membasmi kumpulan pemberontak Syria dan pejuang Daesh yang berleluasa di negara Arab itu.
16 Disember 2016 - 10:53
News ID: 798556
Agensi perisikan Russia (FSB) berkata bahawa mereka telah menahan empat orang suspek sekaligus menggagalkan rancangan mereka untuk melancarkan serangan keganasan ke atas negara itu.