Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kedua-dua Setiusaha Pertahanan Britain dan Amerika Syarikat berkata bahawa Bashar Assad tidak boleh kekal sebagai Presiden Syria. Kenyataan itu dibuat di sebalik kejayaan Damsyik merampas kembali Aleppo yang merupakan salah sebuah bandar terpenting di negara Arab itu.
Bercakap di dalam sebuah sidang akhbar pada hari Khamis semalam, Setiausaha Pertahanan Britain, Michael Fallon berkata Assad tidak memiliki tempat di dalam masa hadapan Syria dan beliau sepatutnya meletakkan jawatan sebelum keamanan kembali ke negara itu.
"Kami tidak melihat sebarang masa hadapan buat Presiden Assad di Syria," kata Fallon sambil menambah bahawa Presiden Syria itu tidak boleh menerajui sebuah negara yang hanya dikuasai sebanyak 40 peratus sahaja.
Komen tersebut dibuat setelah Assad mengucapkan tahniah kepada rakyat Syria di atas kemenangan mereka di dalam merampas kembali Aleppo daripada cengkaman para militan dan pengganas.
Amerika Syarikat dan sekutunya kerap meletakkan pra-syarat seperti pengunduran Assad di dalam menyelesaikan krisis di Syria. Perkara itu dilihat oleh Damsyik sebagai campur tangan mereka ke atas urusan negara Arab itu. Syria dan rakannya percaya bahawa krisis di Syria sepatutnya diselesaikan oleh rakyat Syria sendiri. Perkara itu termasuk di dalam menentukan masa hadapan Assad di dalam politik Syria.
Setiausaha Pertahanan A.S Dan Britain Teruskan Nada Konfrontasi Terhadap Syria Di Sebalik Kegagalan Mereka Aleppo
16 Disember 2016 - 11:21
News ID: 798565
Kedua-dua Setiusaha Pertahanan Britain dan Amerika Syarikat berkata bahawa Bashar Assad tidak boleh kekal sebagai Presiden Syria. Kenyataan itu dibuat di sebalik kejayaan Damsyik merampas kembali Aleppo yang merupakan salah sebuah bandar terpenting di negara Arab itu.