16 Disember 2016 - 21:40
Hillary Salahkan Rusia Dan Pengarah FBI Sebagai Punca Kekalahannya

Bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton menyalahkan FBI dan Rusia sebagai penyebab utama kekalahannya di dalam pilihan raya tahun Presiden tahun 2016 yang baru berlalu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton menyalahkan FBI dan Rusia sebagai penyebab utama kekalahannya di dalam pilihan raya tahun Presiden tahun 2016 yang baru berlalu.

Clinton berhujah dengan merujuk kepada laporan Agensi Perisikan A.S (CIA) yang menuduh pentadbiran Kremlin sebagai pihak yang telah terlibat secara langsung di dalam melancarkan serangan siber yang kemudiannya mempengaruhi keputusan pilihan raya tersebut.

Setelah itu, dia turut menuduh Pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), James Comney sebagai telah merosakkan peluangnya untuk memenangi pilihan raya itu. James Comney menurutnya telah mengeluarkan sepucuk surat yang sensitif sekaligus menjadi faktor lain yang menyumbang kepada kekalahannya.

"Negeri-negeri atas pagar telah membuat keputusan pada hari-hari terakhir (sebelum hari pengundian) untuk tidak memihak kepada saya disebabkan oleh surat yang dikeluarkan oleh Pengarah Comey," kata Clinton.

Hillary membuat kenyataan di atas di dalam sebuah perjumpaan dengan para penderma kempen parti Demokrat pada hari Khamis di New York.