Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pasukan Keselamatan Bahrain dilaporkan telah menyerang rumah Syeikh Isa Qassim pada awal pagi ini (21/12).
Mereka dikatakan telah menembak gas pemedih mata berhampiran dengan rumah beliau.
Para aktivis Bahrain telah menggesa warga awam untuk berkumpul di rumah ulama Syiah itu dalam rangka mempertahankan beliau daripada pihak berkuasa.
Wartawan ABNA berkata bahawa rumah tersebut telah dikepung oleh pihak keselamatan rejim Manama pada jam 9.50 pagi waktu tempatan.
Rejim Manama dikatakan gusar dengan pengaruh ulama tersebut ke atas warga awam Bahrain. Beliau sering mengkritik keluarga di-raja Bahrain berkaitan kekerasan mereka ke atas rakyat yang menuntut demokrasi di negara itu.