Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Pertahanan Rusia, Sergei Shoigu secara peribadi dilaporkan akan mengetuai dan mengarahkan operasi mencari dan menyelamat di kawasan nahas pesawat TU-154 milik kementerian tersebut. Pesawat itu terhempas di laut Hitam yang terletak berdekatan bandar peranginan Sochi.
Seramai 92 orang dilaporkan berada di dalam pesawat malang itu ketika nahas. Kapal itu sedang dalam perjalanan menuju ke Syria sejurus selepas mengisi minyak di bandar peranginan Adler yang terletak di Sochi. Kebanyakan penumpang adalah ahli kepada kumpulan Alexandrov Ensemble (kumpulan koir tentera) yang dalam perjalanan dari Moscow ke Pangkalan Udara Hmeymim di Syria untuk mengambil bahagian di dalam sambutan tahun baru.
"Operasi mencari dan menyelamat diarahkan dari Pusat Pengurusan Pertahanan Kebangsaan (di Moscow) oleh Menteri Pertahanan Rusia, Sergei Shoigu," kata jurucakap kementerian yang sama, Konashenkov.
25 Disember 2016 - 13:25
News ID: 800647
Menteri Pertahanan Rusia, Sergei Shoigu secara peribadi dilaporkan akan mengetuai dan mengarahkan operasi mencari dan menyelamat di kawasan nahas pesawat TU-154 milik kementerian tersebut. Pesawat itu terhempas di laut Hitam yang terletak berdekatan bandar peranginan Sochi.