25 Disember 2016 - 18:24
Tel Aviv Panggil Duta A.S Berkaitan Resolusi Majlis Keselamatan PBB

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah memanggil Duta Besar Amerika Syarikat, Dan Shapiro berkaitan sebuah resolusi Majlis Keselamatan PBB yang diluluskan badan tersebut sebelum ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah memanggil Duta Besar Amerika Syarikat, Dan Shapiro berkaitan sebuah resolusi Majlis Keselamatan PBB yang diluluskan badan tersebut sebelum ini. Resolusi itu mengecam pendudukan Israel di Tebing Barat.

Sebelum itu Amerika Syarikat yang merupakan ahli tetap Majlis Keselamatan PBB telah memilih untuk tidak menggunakan veto ataupun mengundi dalam rangka membenarkan resolusi itu diluluskan oleh badan tersebut.

Buat kali pertama sepanjang pentadbiran 8 tahun Obama, A.S telah menutup telinga terhadap panggilan Tel Aviv untuk menggunakan vetonya ke atas resolusi tersebut sekaligus membenarkan resolusi itu diluluskan.

Bercakap pada mesyuarat kabinet pada hari Ahad, Netanyahu telah pergi lebih jauh dengan mendakwa pentadbiran Obama bertanggungjawab di dalam memulakan resolusi tersebut. Dia mengatakan bahawa pentadbiran Obama melakukan perkara itu di belakang tabir.

Resolusi tersebut menyatakan bahawa Israel perlu menghentikan segala aktiviti pendudukan di wilayah Palestin yang dikuasainya.