Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi telah mengesahkan penglibatan 2000 orang rakyatnya di dalam kumpulan militan Takfiri. Mereka didapati telah melakukan perjalanan ke pelbagai negara termasuk Syria dalam rangka menyertai kumpulan-kumpulan tersebut.
Menurut jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Mejar Jeneral Mansour Al-Turki, dianggarkan 2,093 warga Arab Saudi berjuang di luar negara bersama kumpulan pengganas. Kenyataan itu dilaporkan akhbar Al-Hayat pada hari Isnin.
Dia berkata, 73 warga Arab Saudi kini berada dalam tahanan di luar negara atas tuduhan keganasan. Menurut Turki, sekurang-kurangnya 1,540 warga Arab Saudi berjuang di Syria bersama kumpulan-kumpulan pengganas di sana dan kementerian itu mempunyai bukti yang mengesahkan angka berkenaan.
Dia berkata, seramai 147 warga Arab Saudi berjuang di Yaman, 31 di Afghanistan dan Pakistan dan lima lagi di Iraq. "Kami tidak mempunyai data kukuh mengenai lokasi 297 lagi pengganas Arab Saudi lain," katanya.
Menurut perangkaan awal Kementerian Dalam Negeri, terdapat lebih 4,000 warga Arab Saudi di penjara agensi perisikan di negara itu sedang menunggu perbicaraan atas dakwaan keganasan.
Lebih Daripada 2000 Warga Saudi Berperang Bersama Kumpulan Takfiri Di Luar Negara: Kementerian Saudi
27 Disember 2016 - 18:40
News ID: 801179
Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi telah mengesahkan penglibatan 2000 orang rakyatnya di dalam kumpulan militan Takfiri. Mereka didapati telah melakukan perjalanan ke pelbagai negara termasuk Syria dalam rangka menyertai kumpulan-kumpulan tersebut.