29 Disember 2016 - 11:51
Perang Syria Adalah Barah Di Skala Global: Guterres

Bakal Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang baru, Antonio Guterres berkata bahawa krisis di Syria telah berubah menjadi 'barah' di skala global.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Bakal Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang baru, Antonio Guterres berkata bahawa krisis di Syria telah berubah menjadi 'barah' di skala global.

Guterres membuat kenyataan itu di dalam sebuah temu ramah dengan rangkaian teeivisyen Portugal SIC pada hari Rabu.

Beliau juga meluahkan harapannya bahawa Amerika Syarikat dan Rusia akan mengenepikan perbezaan mereka berkenaan solusi yang tepat dalam menamatkan krisis tersebut.

Washington dan sekutunya menyokong kumpulan militan anti-kerajaan manakala Rusia menyokong kerajaan sah di Syria yang diterajui oleh Bashar Assad.

Bekas Perdana Menteri Portugal itu turut menekankan bahawa krisis itu bukan sahaja mengakibatkan penderitaan rakyat Syria. Akan tetapi perkara itu juga telah menciptakan reaksi ganas yang terkadang berakhir dengan tindakan keganasan.

Beliau juga merujuk krisis itu sebagai sebuah ancaman global yang tidak akan berkahir melainkan komuniti antarabangsa bekerjasama dalam mencari solusinya.