Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Syria, Bashar Assad memanggil negara-negara Eropah untuk menghentikan sokongan mereka terhadap kumpulan pengganas Takfiri dan mula mengiktiraf hak negara Syria untuk menentukan masa hadapan mereka sendiri.
Assad membuat kenyataan itu di dalam sebuah mesyuarat dengan sebuah delegasi bersama yang terdiri daripada Ahli Parlimen Eropah (MEP) dan ahli Majlis Persekutuan (dewan tinggi Parlimen Rusia) di Damsyik pada hari Khamis. Perkara itu dilaporkan oleh agensi berita SANA.
Assad berkata bahawa jika Eropah mahu membantu Syria maka mereka perlu menghentikan sokongan mereka kepada kumpulan pengganas dan menamatkan sekatan ke atas Syria yang memberikan kesan negatif kepada kehidupan seharian penduduk negaranya.
Pemimpin tertinggi Syria itu turut menuntut para pegawai Eropah untuk mengiktiraf bahawa solusi ke atas krisis di dalam negaranya terletak di dalam tangan rakyat Syria sendiri.
Presiden Assad juga memanggil para pegawai negara-negara barat untuk mengakui bahawa serangan pengganas yang berlaku di negara-negara mereka adalah produk daripada polisi salah mereka.
29 Disember 2016 - 20:06
News ID: 801610
Presiden Syria, Bashar Assad memanggil negara-negara Eropah untuk menghentikan sokongan mereka terhadap kumpulan pengganas Takfiri dan mula mengiktiraf hak negara Syria untuk menentukan masa hadapan mereka sendiri.