Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Ahli politik Britain, Nigel Farage memuji tindakan yang diambil Presiden Rusia, Vladimir Putin berkaitan keputusannya untuk tidak mengusir keluar diplomat Amerika Syarikat sebagai reaksi terhadap tindakan yang diambil oleh pentadbiran Obama sebelum ini. Farage menyifatkan keputusan itu sebagai sesuatu yang 'matang'.
"Gembira melihat tindak balas matang daripada Putin," tulis Farage dalam laman sosialnya.
Bekas pemimpin Parti Bebas U.K (UKIP) yang mempunyai hubungan rapat dengan bakal Presiden A.S meluahkan rasa kecewanya berkaitan apa yang disifatkan sebagai "kelewatan pentadbiran Trump untuk memegang tampuk kuasa."
Trump juga sebelum ini memuji tindakan Putin setelah Presiden Persekutuan Rusia itu enggan mengambil usul Kementerian Luar Negara Rusia untuk mengusir keluar diplomat A.S sebagai tindak balas terhadap tindakan pentadbiran Obama sebelum ini.
Putin juga enggan menutup kawasan peranginan yang digunakan oleh para diplomat A.S kerana menganggap keputusan itu akan memberi kesan kepada anak-anak para diplomat negara itu. Beliau juga mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada Obama, keluarganya, Trump dan seluruh rakyat A.S secara umumnya.
31 Disember 2016 - 16:51
News ID: 801917
Ahli politik Britain, Nigel Farage memuji tindakan yang diambil Presiden Rusia, Vladimir Putin berkaitan keputusannya untuk tidak mengusir keluar diplomat Amerika Syarikat sebagai reaksi terhadap tindakan yang diambil oleh pentadbiran Obama sebelum ini. Farage menyifatkan keputusan itu sebagai sesuatu yang 'matang'.