1 Januari 2017 - 18:55

Seorang pegawai kanan Iran menafikan laporan yang mengatakan bahawa Arab Saudi telah menjemput negaranya untuk berbincang tentang penyertaan semula jemaah Iran di dalam ibadah Haji.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang pegawai kanan Iran menafikan laporan yang mengatakan bahawa Arab Saudi telah menjemput negaranya untuk berbincang tentang penyertaan semula jemaah Iran di dalam ibadah Haji.

"Bercanggah dengan apa yang dilaporkan oleh sebahagian media berkaitan jemputan Arab Saudi kepada iran untuk menyertai semula ibadah Haji pada tahun ini, kami tidak menerima sebarang jemputanpun," kata Ketua Pertubuhan Haji Dan Ziarah Iran, Hamid Mohammadi pada hari Ahad.

Beliau juga menambah dengan berkata bahawa pertubuhannya sedang melakukan apa yang temampu untuk membuka semula laluan Haji untuk rakyat Iran sekaligus membantu mereka memperolehi semula hak mereka untuk melaksanakan manasik Haji seperti kaum Muslim yang lain.

"Sepastinya, jikalau syarat yang kami tetapkan - yang mana syarat itu akan memastikan maruah dan keselamatan para jemaah haji Iran terpelihara - dipenuhi, persiapan akan dilakukan untuk membolehkan kehadiran jemaah Iran (di dalam ibadah Haji)," kata beliau lagi.