Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Obama pada hari Isnin mengesahkan rancangannya untuk menyampaikan ucapan selamat tinggal di negeri kelahiran beliau, Chicago pada 10 Januari.
Pada November 2016, calon Republikan, Donald Trump telah memenangi pilihan raya presiden negara itu dengan meraih 306 badan perwakilan. Hillary Clinton, calon Demokrat pula hanya memperolehi 232 badan perwakilan di dalam pilihan raya itu. Trump dijangka akan mengangkat sumpah pada 20 Januari ini.
"Pada 10 Januari, saya akan pulang ke rumah di Chicago untuk mengucapkan selamat tinggal kepada kalian semua...," kata Obama.
Presiden Obama telah berkhidmat selama dua penggal secara berturut-turut sejak 2009.
2 Januari 2017 - 18:48
News ID: 802361
Presiden Obama pada hari Isnin mengesahkan rancangannya untuk menyampaikan ucapan selamat tinggal di negeri kelahiran beliau, Chicago pada 10 Januari.