3 Januari 2017 - 17:23
Syria Tidak Perlukan Bantuan Kemanusiaan, Hentikan Sahaja Bantuan Kepada Pengganas: Assad

Presiden Syria, Bashar Assad berkata sokongan dan bantuan asing kepada kumpulan pengganas Takfiri Daesh telah memperpanjangkan krisis di Syria.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Syria, Bashar Assad berkata sokongan dan bantuan asing kepada kumpulan pengganas Takfiri Daesh telah memperpanjangkan krisis di Syria.

"Kamu tidak boleh bercakap tentang tamatnya peperangan sehingga kamu basmi (kesemua) pengganas di Syria," kata Assad pada hari Khamis di dalam sebuah temuramah dengan rangkaian TV Itali, TG5.

"Malangnya, pengganas itu masih memperolehi bantuan secara rasmi daripada beberapa buah negara termasuk Turki, Qatar, Arab Saudi dan negara-negara Barat," kata pemimpin Syrua itu sambil menambah bahawa para pengganas mendapat ilham daripada pemikiran gelap Wahhabisme.

Presiden Assad juga mengecam negara-negara Eropah kerana menyokong keganasan dan mengenakan sekatan ke atas Syria (yang memerangi pengganas).

Assad juga menegaskan bahawa rakyat Syria, khususnya pelarian di Eropah, tidak memerlukan bantuan kemanusiaan daripada mereka. Akan tetapi, apa yang mereka perlukan ialah (Eropah) menghentikan bantuan kepada pengganas dan dalam masa yang sama mengangkat kesemua sekatan yang dikenakan ke atas negara Arab itu.

Assad juga menambah dengan berkata bahawa kerajaan-kerajaan negara Eropah bekerja dengan mengebelakangkan kepentingan rakyat mereka sendiri.