Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sebuah bom kereta menggegarkan bandar pesisir pantai, Jablah yang terletak di Latakia, Syria sekaligus membunuh beberapa orang dan mencederakan puluhan yang lain.
Menurut media Syria, letupan itu berlaku di sebuah kawasan perniagaan yang dipenuhi dengan orang ramai. Letupan yang berlaku pada hari Khamis itu telah mengakibatkan kemusnahan beberapa buah kereta dan kedai di sana.
Menurut agensi berita SANA, 11 orang terbunuh akibat daripada letupan itu dan 35 lagi dilaporkan cedera.
Setakat ini tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab ke atas serangan tersebut yang dilancarkan di sebalik gencatan senjata yang dikuatkasakan di seluruh negara Arab itu.
5 Januari 2017 - 16:42
News ID: 802981
Sebuah bom kereta menggegarkan bandar pesisir pantai, Jablah yang terletak di Latakia, Syria sekaligus membunuh beberapa orang dan mencederakan puluhan yang lain.