7 Januari 2017 - 17:01
Sekitar 200 Militan Syria Letak Senjata Dan Sertai Tentera Negara Itu

Hampir 200 militan dari beberapa buah perkampungan yang terletak di sekitar ibu kota Syria, Damsyik, telah menyerah diri dan menyertai tentera kerajaan negara Arab tersebut.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Hampir 200 militan dari beberapa buah perkampungan yang terletak di sekitar ibu kota Syria, Damsyik, telah menyerah diri dan menyertai tentera kerajaan negara Arab tersebut.

Para militan dari perkampungan Beit Saber, Beit Tima, Saasa al-Gharbiyeh, Hassno dan Kafar Hour telah menyerahkan senjata mereka kepada pihak berkuasa dan berikrar untuk tidak lagi membahayakan keselamatan tanah air mereka. Perkara itu dilaporkan oleh pengerusi Majlis Penyesuaian Semula di bahagian pedalaman Damsyik dan Dara'a, Maoumen Jarida.

Jarida turut berkata bahawa proses penyesuaian semula akan diimplementasikan di beberapa bahagian wilayah Quneitra dan Dara'a.

Langkah itu diambil sebagai sebahagian daripada usaha Damsyik untuk memperkukuhkan proses dialog dalaman Syria yang diharapkan dapat menyelesaikan krisis di negara itu. Sekita 1200 militan dijangka akan menyerahkan senjata mereka sepanjang proses tersebut.

Di dalam beberapa minggu ini, ratusan militan telah menyerahkan senjata mereka di beberapa kawasan di dalam memastikan bahawa undang-undang pengampunan yang dikeluarkan oleh Presiden Assad merangkumi diri mereka.