Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Amerika Syarikat dan Rusia boleh menggabungkan usaha mereka untuk menyelesaikan beberapa masalah global, kata bakal Presiden A.S di dalam laman sosialnya pada hari Jumaat.
"Memiliki hubungan baik dengan Rusia adalah perkara yang baik, bukan perkara yang buruk. Hanya orang 'bodoh' sahaja yang menganggapnya buruk," tulis beliau.
Beliau berjanji bahawa selepas memasuki Rumah Putih, "pihak Rusia akan lebih menghormati A.S."
"Kedua-dua negara, mungkin, akan bekerjasama untuk menyelesaikan beberapa masalah dan isu dunia yang besar dan lebih menekan," kata beliau lagi.
Setiausaha Jabatan Negara A.S, John Kerry sebelum ini berkata bahawa pentadbiran Trump akan mampu untuk mencari kerjasama yang efektif dengan pihak Rusia dan mendekatkan jurang yang wujud (di antara kedua-dua negara) pada masa ini.
7 Januari 2017 - 17:35
News ID: 803402
Amerika Syarikat dan Rusia boleh menggabungkan usaha mereka untuk menyelesaikan beberapa masalah global, kata bakal Presiden A.S di dalam laman sosialnya pada hari Jumaat.