Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Iran telah menerima pesawat pertama yang dibelinya daripada pengeluar kapal terbang terbesar Eropah, Airbus selepas perjanjian nuklear di antara Tehran dan 6 kuasa besar dunia dimeterai sebelum ini.
Pengerusi syarikat penerbangan Iran Air, Farhad Parvaresh pada hari Rabu menerima penghantaran sebuah pesawat A321 yang baharu di Colomiers yang terletak berdekatan bandar Toulouse.
Pesawat dengan kapasiti penumpang seramai 189 orang itu adalah salah satu daripada 100 buah pesawat baharu yang dibeli oleh Iran di bawah sebuah perjanjian bernilai USD 18 bilion. Perjanjian itu dimeterai kedua-dua pihak pada Disember lepas.
"Hari ini menandakan sebuah hari yang besar buat syarikat ini dan juga buat hubungan di antara Iran dengan Kesatuan Eropah," kata Parvaresh di dalam upacara penerimaan pesawat tersebut.
11 Januari 2017 - 21:37
News ID: 804393
Iran telah menerima pesawat pertama yang dibelinya daripada pengeluar kapal terbang terbesar Eropah, Airbus selepas perjanjian nuklear di antara Tehran dan 6 kuasa besar dunia dimeterai sebelum ini.