27 Januari 2017 - 10:47
Tokyo Pantau Kesan Langkah Ekonomi Trump Ke Atas Syarikatnya

Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshihide Suga berkata bahawa kerajaan Jepun sedang memantau kesan langkah-langkah ekonomi yang diambil oleh pentadbiran Presiden Trump ke atas syarikat-syarikat Jepun.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshihide Suga berkata bahawa kerajaan Jepun sedang memantau kesan langkah-langkah ekonomi yang diambil oleh pentadbiran Presiden Trump ke atas syarikat-syarikat Jepun.

"Kami sedang memantau dengan cermat kesan yang mungkin dialami oleh syarikat-syarikat Jepun," kata Suga di sebuah sidang akhbar.

Komen itu dibuat menyusuli kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakap Rumah Putih, Sean Spicer, yang mengatakan bahawa Presiden Donald Trump sedang mempertimbangkan untuk mengenakan cukai sebanyak 20 peratus ke atas barangan Mexico yang masuk ke negara itu dalam rangka membiayai projek tembok di sempadan A.S-Mexico. Beberapa buah syarikat Jepun termasuk Honda, Nissan dan Mazda memiliki fasiliti pengeluaran di sana dan mereka juga menggunakan Mexico sebagai platform untuk menembusi pasaran A.S.

Menurut kerajaan Mexico, angka syarikat-syarikat seperti itu mencecah 1000 buah pada tahun 2016.