29 Januari 2017 - 18:26
Kedutaan A.S Perlu Dipindahkan Ke Jerusalem: Netanyahu

Perdana Menteri rejim Israel, Benjamin Netanyahu berkata bahawa pemindahan kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke al-Quds adalah sesuatu yang perlu dilakukan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Perdana Menteri rejim Israel, Benjamin Netanyahu berkata bahawa pemindahan kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke al-Quds adalah sesuatu yang perlu dilakukan.

"Kedutaan A.S perlu dipindahkan ke Jerusalem (al-Quds)," kata Netanyahu pada hari Sabtu sambil menambah bahawa "adalah lebih baik jika bukan hanya kedutaan A.S sahaja yang akan dipindahkan ke sana."

"Saya berpendapat bahawa dengan perubahan masa, kebanyakan kedutaan akan dipindahkan ke Jerusalem (al-Quds) juga," tambahnya.

Pada 25 September 2016, Trump di dalam retorik pilihan rayanya telah memberitahu Netanyahu bahawa beliau akan mengiktiraf bandar tersebut sebagai ibu negara Israel jika memenangi pilihan raya presiden yang lalu.