7 Februari 2017 - 20:24
Abu Bakr Baghdadi Terasing Dan Sedang Dipantau: Abadi

Menurut Perdana Menteri Iraq, ketua kumpulan pengganas Takfiri Daesh, Abu Bakr al-Baghdadi kini terasing dan pergerakannya pula sentiasa dipantau. Haider al-Abadi membuat kenyataan itu di dalam sebuah temu ramah dengan wartawan daripada rangkaian televisyen France 24. Akan tetapi Abadi enggan memberitahu wartawan berkaitan lokasi sebenar ketua pengganas itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menurut Perdana Menteri Iraq, ketua kumpulan pengganas Takfiri Daesh, Abu Bakr al-Baghdadi kini terasing dan pergerakannya pula sentiasa dipantau. Haider al-Abadi membuat kenyataan itu di dalam sebuah temu ramah dengan wartawan daripada rangkaian televisyen France 24. Akan tetapi Abadi enggan memberitahu wartawan berkaitan lokasi sebenar ketua pengganas itu.

Ketika bercakap kepasa wartawan France 24, Abadi berkata operasi tentera Iraq dan sekutunya setakat ini telah berjaya membunuh dan menghapuskan sebilangan besar pembantu ketua kumpulan pengganas itu.

"Dia keseorangan ketika ini. Dia tidak punya sesiapa untuk dipercayai. Dia dalam keterasingan dan kami sedang memantau pergerakannya," kata Abadi sambil menambah bahawa Baghdadi berusaha untuk tidak menonjolkan diri pada masa ini. "Komunikasinya dengan pengganas yang lain sangat terhad dan pada kebanyakan masanya perkara itu tidak wujud langsung."

/315