12 Februari 2017 - 13:56
Kerja Sama Dengan Iran Akan Memberi Manfaat Kepada Negara-Negara Teluk Parsi: Hizbullah

Pergerakan Hizbullah Lubnan telah menyeru negara-negara Teluk Parsi untuk bekerja sama dengan Republik Islam Iran sambil menegaskan bahawa kerja sama itu akan menyumbang kepada kestabilan serantau yang sama sekali tidak termasuk di dalam perancangan Amerika Syarikat dan juga Israel.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pergerakan Hizbullah Lubnan telah menyeru negara-negara Teluk Parsi untuk bekerja sama dengan Republik Islam Iran sambil menegaskan bahawa kerja sama itu akan menyumbang kepada kestabilan serantau yang sama sekali tidak termasuk di dalam perancangan Amerika Syarikat dan juga Israel.

Timbalan Setiausaha Agung Hizbullah, Syeikh Naim Qassem, membuat kenyataan tersebut pada hari ulang tahun kemenangan Revolusi Islam di Iran.

"Jikalau negara-negara Teluk mahu berkembang dan hidup di dalam kenyamanan, mereka sepatutnya bekerja sama dengan Iran," kata beliau sambil menegaskan bahawa kerja sama dengan Republik Islam "adalah sebuah kekuatan di dalam memastikan keselamatan, kestabilan dan (kejayaan) masa hadapan rantau itu."

Qassem turut menambah dengan mengatakan bahawa Arab saudi dan beberapa negara serantau telah menolak inisiatif Tehran untuk membina hubungan yang lebih erat.

"Iran sentiasas menghulurkan tangannya kepada Arab Saudi dan beberapa negara lain di rantau itu... Akan tetapi, mereka sentiasa menolaknya kerana A.S tidak mengizinkan perkara itu berlaku manakala Israel pula tidak akan memperolehi sebarang manfaat (daripada kerjasama seperti itu). Walau bagaimanapun, Iran terus menghulurkan tangannya," kata beliau.

/315