17 Februari 2017 - 08:03
Letupan Gegarkan Baghdad, 50 Orang Terbunuh

Sebuah kereta yang sarat dengan bahan letupan diletupkan pada hari Khamis di selatan Baghdad sekaligus membunuh sekurang-kurangnya 51 orang dan mencederakan 55 orang lain, kata sumber keselamatan dan perubatan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sebuah kereta yang sarat dengan bahan letupan diletupkan pada hari Khamis di selatan Baghdad sekaligus membunuh sekurang-kurangnya 51 orang dan mencederakan 55 orang lain, kata sumber keselamatan dan perubatan.

Reuters melaporkan, kumpulan pengganas Takfiri Daesh mengaku bertanggungjawab atas kejadian tersebut melalui sebuah kenyataan dalam talian. Kumpulan tersebut bertindak balas setelah menghadapi kekalahan yang teruk di timur Mosul dalam beberapa siri pertempuran dengan tentera Iraq dan sekutunya.

Anggota keselamatan berkata, kenderaan tersebut diletupkan di sebatang jalan yang dipenuhi kereta daripada perniagaan kenderaan terpakai di Hayy al-Shurta yang terletak di barat daya Baghdad.

Angka kematian dijangka meningkat memandangkan ada antara mereka yang tercedera berada di dalam keadaan kritikal.

Insiden itu adalah yang kedua seumpamanya berlaku di dalam minggu ini. Kumpulan pengganas sudah menemui cara yang lebih mudah iaitu meletakkan kereta yang dipasang bom di tempat yang terdapat banyak kenderaan.

Pada Rabu, seorang pengebom berani mati meletupkan sebuah lori di Sadr City yang terletak di timur Baghdad. Insiden itu mengorbankan 15 orang.

Pasukan keselamatan Iraq dan sekutu mereka telah membebaskan banyak kota yang pernah dikuasai Daish pada 2014 dan 2015. MIlitan itu juga menawan beberapa kawasan di Syria.

Angkatan bersenjata Iraq pada bulan lalu berjaya merampas kembali kawasan timur Mosul dan sekarang ini sedia menyerang bahagian barat bandar tersebut yang masih di bawa cengkaman kumpulan pengganas Takfiri Daesh. Bandar itu terbahagi dua oleh Sungai Tigris. -Agensi