27 Februari 2017 - 14:16
Israel Lakukan Campur Tangan Di Syria Melalui Operasi Perisikan: Penganalisis

Tel Aviv dilaporkan telah menghantar sebuah batalion kor Perisikan Tempur setengah kilometer ke dalam wilayah Syria. Operasi yang didakwa dilancarkan untuk mengintip komunikasi ketenteraan di antara tentera Damsyik dan kumpulan Hizbullah itu dilakukan secara berulang-kali.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tel Aviv dilaporkan telah menghantar sebuah batalion kor Perisikan Tempur setengah kilometer ke dalam wilayah Syria. Operasi yang didakwa dilancarkan untuk mengintip komunikasi ketenteraan di antara tentera Damsyik dan kumpulan Hizbullah itu dilakukan secara berulang-kali. Press TV telah menemuramah seorang penganalisis dalam rangka memahami tujuan tentera Zonis itu di Syria.

Richard Silverstein, seorang wartawan dan juga penganalisis politik yang berpusat di Seattle percaya bahawa rejim Zionis Israel menghantar batalion itu dalam rangka mencari kaedah yang akan memberikan impak kepada perkembangan situasi di Syria. Perkara ini dibuat di sebalik kejayaan-kejayaan tentera negara Arab itu di dalam memerangi elemen keganasan antarabangsa di sana.

"Mereka menghantar tentera mereka di beberapa tempat dan menempatkan intstrumen pemerhatian di sana untuk memantau komunikasi di antara kumpulan Hizbullah dan juga (kerajaan) Syria," kata Richard Silverstein.

"Pencabulan ini juga akan memberikan mereka peluang untuk melancarkan misi pembunuhan ke atas (kepimpinan) kumpulan dan juga jeneral-jeneral daripada tentera Arab Syria," tambahnya.

Penganalisis itu turut berkata, "Pemantauan dan perisikan seperti ini membolehkan Israel untuk melakukan campur tangan yang lebih senyap berbanding menghantar divisyen bersenjata... untuk melakukan perkara yang sama secara langsung."

Menurutnya, Israel sedang sibuk memantau sebarang bentuk perkembangan di Lubnan dan Syria dan dalam melaksanakan perkara itu, mereka juga telah mencabul kedaulatan kedua-dua negara tersebut dengan menghantar tentera mereka ke sana. -Press TV

/315