Agensi Berita Ahlul Bait - 10 angota pasukan keselamatan Mesir dilaporkan terbunuh di dalam sebuah operasi anti-keganasan di sentral Sinai selepas kenderaan mereka menjadi sasaran bom.
Seorang jurucakap tentera pada hari Khamis berkata bahawa pasukan keselamatan telah membunuh 15 orang dan menahan 7 yang lain sepanjang operasi mereka ke atas kubu pengganas di semenanjung tersebut.
Pasukan keselamatan turut menemui dan memusnahkan setengah tan bahan leputan (TNT) di samping merampas 2 buah kenderaan yang mengandungi bom tangan dan ratusan telefon bimbit.
Semenanjung Sinar berada di dalam situasi darurat sejak Oktober 2014 selepas sebuah serangan maut yang dilancarkan oleh pengganas yang menyaksikan 33 orang anggota tentera Mesir terbunuh.
Sepanjang beberapa tahun, para militan sibuk melancarkan aktiviti anti-kerajaan dengan mengambil kesempatan yang wujud berikutan kekacauan yang timbul setelah Presiden Mohamed Morsi dijatuhkan oleh pihak tentera.
Pengganas Velayat Sinai mengaku bertanggungjawab di dalam kebanyakan serangan tersebut yang secara amnya menyasarkan pihak tentera dan polis.
/315
23 Mac 2017 - 12:37
News ID: 819493
10 angota pasukan keselamatan Mesir dilaporkan terbunuh di dalam sebuah operasi anti-keganasan di sentral Sinai selepas kenderaan mereka menjadi sasaran bom.