Agensi Berita Ahlul Bait - Sebuah kumpulan penggodam yang memanggil diri mereka sebagai "Turkish Crime Family" dilaporkan telah mengugut syarikat Apple untuk memberikan Cryptocash kepada mereka untuk mengelakkan daripada setengah juta akaun iCloud dipadam.
Dengan menuntut $ 75,000 dalam bentuk bitcoin ataupun matawang kripto ethereum, kumpulan penggodam itu menegaskan bahawa mereka mempunyai kemampuan untuk memadam sejumlah besar cache yang majoritinya berkait dengan akaun iCloud dan juga akaun pengguna Apple yang lain termasuk yang wujud di domain me.com.
Para penggodam itu turut menyatakan bahawa mereka bersedia untuk menerima bayaran sebanyak $ 100,000 dalam bentuk kad hadiah Apple.
"Saya cuma mahukan wang saya dan saya fikir bahawa perkara ini akan menjadi sebuah laporan yang menarik di mana ramai pengguna Apple akan tertarik untuk membaca dan mendengarnya," kata salah seorang penggodam itu di dalam emel yang dihantar kepada majalah elektronik Motherboard.
Beberapa screenshot yang dilihat oleh Motherboard yang memaparkan pertukaran emel di antara para penggodam itu dan pihak keselamatan Appke menunjukkan bahawa salah seorang daripada staf di syarikat teknologi gergasi itu berkata, "Kami secara sopan meminta anda untuk memadamkan video yang telah dimuat naik oleh pihak anda ke dalam akaun YouTube anda memandangkan perkara itu menarik perhatian yang tidak diingini. Keduanya, kami ingin anda mengetahui bahawa kami tidak memberikan ganjaran kepada para penjenayah siber yang menyalahi undang-undang."
Penggodam itu telah memberikan Apple waktu hingga 7 April untuk memenuhi permintaan mereka atau berhadapan dengan risiko akaun iCoud disetkan semula.
/315
23 Mac 2017 - 14:08
News ID: 819524
Sebuah kumpulan penggodam yang memanggil diri mereka sebagai "Turkish Crime Family" dilaporkan telah mengugut syarikat Apple untuk memberikan Cryptocash kepada mereka untuk mengelakkan daripada setengah juta akaun iCloud dipadam.