Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Penjaga Makam Suci Imam Reza di Mashhad, Hojjatoleslam Seyyed Ebrahim Raeisi mengumumkan kesediaannya untuk bertanding di dalam pilihan raya presiden Iran yang akan datang.
"Reisi telah menerima permintaan untuk bertanding sebagai calon dan rancangannya akan diumumkan secepat mungkin," kata wakil Hojjatoleslam Raeisi, Seyyed Sowlat Mortazavi yang juga merupakan gabenor bandar Mashhad. Wakil itu turut menambah dengan mengatakan bahawa Reisi mengumumkan pencalonannya setelah menerima beberapa permintaan untuk berbuat demikian.
Kenyataa Mortazavi dibuat pada hari Khamis di dalam mesyuarat kedua perhimpunan kebangsaan gerakan Barisan Popular Pasukan Revolusi Islan yang dianjurkan di kompleks Shahr-e Aftab yang terletak di Tehran.
Warga Iran akan membuang undi pada 19 Mei untuk menentukan Presiden mereka di dalam pilihan raya presiden ke-12 negara itu.
Terdapat dua blok politik yang berpengaruh di senario politik negara itu yang dikenali sebagai Reformis dan Usuli (Prinsipalis). Mana-mana calon yang tidak terlibat dengan salah satu daripada blok politik ini dianggap sebagai calon bebas.
/315
6 April 2017 - 19:03
News ID: 822343

Penjaga Makam Suci Imam Reza di Mashhad, Hojjatoleslam Seyyed Ebrahim Raeisi mengumumkan kesediaannya untuk bertanding di dalam pilihan raya presiden Iran yang akan datang.