Warga Turki turun ke jalan raya untuk membantah apa yang dilihat sebagai percubaan Presiden Erdogan untuk terus berkuasa di negara itu melalui referendum yang berlangsung semalam. Keputusan referendum itu dilihat oleh pelbagai pihak sebagai sebuah petanda perpecahan yang berlaku di dalam masyarakat negara itu. Sebanyak 51.05 peratus menyokong referendum tersebut sekaligus menunjukkan bahawa jumlah yang hampir sama juga menentangnya.