Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sebuah kumpulan pengganas Kurdis anti-Iran berkata bahawa mereka telah menerima latihan ketenteraan daripada penasihat ketenteraan Amerika Syarikat serta bekalan senjata dan amunisi. Menurut mereka, kesemua bantuan itu datang daripada Washington dan juga beberapa negara Eropah.
Hussein Yazdanpanah, pegawai pemerintah Parti Kebebasan Kurdistan (PAK) - kumpulan yang cuba mencipta sebuah Republik Kurdis di dalam wilayah Iran dan setakat ini telah melancarkan beberapa serangan pengganas di dalam Republik Islam Iran- membuat kenyataan di atas ketika bercakap kepada Associated Press (AP) yang kemudiannya melaporkan perkara itu pada hari Khamis.
"Mereka membantu dan melatih kami di dalam rangka kerja memerangi Daesh," dakwanya dengan merujuk kepada kumpulan pengganas Takfiri Daesh yang aktif di Syria dan Iraq sejak tahun 2014.
Yazdanpanah walau bagaimanapun berkata bahawa perang ke atas Daesh bukanlah sebuah alternatif kepada objektif utama mereka di Iran. Dia berkata bahawa kumpulannya yang setakat ini telah melancarkan 6 buah serangan di dalam Iran sepanjang tahun ini sahaja akan terus-menerus menyerang Republik Islam Iran.
Menurutnya, PAK setakat ini telahpun menerima latihan ketenteraan daripada penasihat ketenteraan Amerika Syarikat sebanyak 3 kali di antara Mac dan September tahun 2015.
/315
22 April 2017 - 18:54
News ID: 825352
Sebuah kumpulan pengganas Kurdis anti-Iran berkata bahawa mereka telah menerima latihan ketenteraan daripada penasihat ketenteraan Amerika Syarikat serta bekalan senjata dan amunisi. Menurut mereka, kesemua bantuan itu datang daripada Washington dan juga beberapa negara Eropah.