Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Para penggubal undang-undang Jerman di dewan rendah negara itu telah meluluskan sebuah undang-undang yang akan meletakkan larangan separa ke atas burqa berikutan peningkatan sentimen xenofobia dan islamofobia di negara itu.
Draf undang-undang yang diterima oleh anggota Bundestag pada hari Khamis itu akan menghalang para penjawat awam, hakim dan tentera Jerman daripada memakai burqa di tempat kerja. Walau bagaimanapun undang-undang itu tidak menyekat umat Islam daripada memakainya di tempat awam.
"Negara ini mempunyai tanggungjawab untuk mempamerkan dirinya dalam bentuk yang neutral dari aspek ideologi dan agama," tulis teks undang-undang itu.
Perkara ini dibuat sebagai sebahagian daripada "langkah keselamatan yang bertujuan untuk menghalang serangan puak radikal."
Draf undang-undang itu kini menanti kelulusan daripada dewan tertinggi parlimen Jerman sebelum memasuki fasa pelaksanaan.
Pada Disember lepas, Canselor Jerman, Angela Merkel juga menekankan pelarangan yang sama sambil berkata bahawa undang-undang Jerman mendahului undang-undang Syariah.
"Penutup muka perlu dilarang di mana sahaja perkara itu boleh dilaksanakan menurut lunas undang-undang," kata Merkel di Essen.
/315
28 April 2017 - 08:13
News ID: 826448
Para penggubal undang-undang Jerman di dewan rendah negara itu telah meluluskan sebuah undang-undang yang akan meletakkan larangan separa ke atas burqa berikutan peningkatan sentimen xenofobia dan islamofobia di negara itu.