3 Mei 2017 - 18:14
Masyarakat Dunia Perlu Tekan Israel Tandatangani NPT: Diplomat Iran

Seorang pegawai kanan di Kementerian Luar Negara Iran berkata bahawa masyarakat dunia perlu meletakkan tekanan ke atas rejim Israel supaya mereka menyertai Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT) tanpa syarat sekaligus meletakkan segala program nuklearnya di bawah pantauan Agensi Atom Antarabangsa (IAEA).

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang pegawai kanan di Kementerian Luar Negara Iran berkata bahawa masyarakat dunia perlu meletakkan tekanan ke atas rejim Israel supaya mereka menyertai Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT) tanpa syarat sekaligus meletakkan segala program nuklearnya di bawah pantauan Agensi Atom Antarabangsa (IAEA).

Gholam Hussein Dehqani, pengarah am berhubung urusan politik dan keselamatan antarabangsa di Kementerian Luar Iran membuat kenyataan itu ketika memberikan ucapan di sebuah persidangan berkaitan NPT di Vienna, Austria.

Pegawai Iran itu meluahkan kebimbangan Tehran berkaitan simpanan senjata nuklear Israel sambil berkata bahawa senjata milik rejim Tel Aviv itu merupakan ancaman ke atas keamanan dan juga keselamatan di rantau dan juga di dunia.

Israel yang dipercayai menyimpan sekitar 200 hingga 400 peledak nuklear telah menolak sebarang bentuk pemeriksaan ke atas fasiliti nuklear mereka. Rejim Tel Aviv turut enggan menandatangani perjanjian tersebut.

Dehqani turut membidas negara-negara yang menyimpan peluru nuklear kerana kegagalan mereka untuk memansuhkan simpanan tersebut.

/315