4 Mei 2017 - 12:45
Ayatullah Khamenei Arahkan Badan Terbabit Selamatkan Mereka Yang Terperangkap Di Dalam Letupan Lombong

Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran, Ayatullah Syed Ali Khamenei menyampaikan takziahnya kepada bangsa Iran berikutan insiden letupan lombong arang batu yang berlaku di wilayah Golestan sambil mengarahkan pihak terbabit untuk mengambil langkah segera dalam rangka menyelamatkan mereka yang mungkin masih terperangkap di dalam lombong itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran, Ayatullah Syed Ali Khamenei menyampaikan takziahnya kepada bangsa Iran berikutan insiden letupan lombong arang batu yang berlaku di wilayah Golestan sambil mengarahkan pihak terbabit untuk mengambil langkah segera dalam rangka menyelamatkan mereka yang mungkin masih terperangkap di dalam lombong itu.



"Insiden menyayat hati dan dahsyat di Golestan yang turut menyebabkan kematian sebahagian pekerja yang gigih dan tertekan serta berita tentang kemungkinan sebahagian daripada mereka masih terperangkap telah menyebabkan saya rasa berasa begitu sedih sekali," kata pemimpin itu pada hari Khamis.

"Adalah penting bahawa setiap langkah yang perlu diambil (oleh pihak terbabit) untuk menyelamatkan mereka yang masih terperangkap," tambahnya.

Presiden Rouhani pula menyampaikan takziahnya kepada bangsa Iran, keluarga dan mangsa insiden itu sendiri sambil mengarahkan pihak terbabit untuk menggerakkan semua tenaga kerja dalam rangka menyelamatkan mereka yang masih terperangkap.



Naib Presiden telahpun ditugaskan untuk menangani permasalahan yang berbangkit bagi keluarga mangsa dan dalam masa yang sama memberikan pampasan kepada mereka, kata Rouhani.

Menurut ketua Pertubuhan Kecemasan Iran, Pirhossein Kolivand, 22 jasad daripada 35 orang yang dilaporkan terperangkap telah ditemui setakat ini. Kolivand turut berkata bahawa mereka yang terperangkap juga ditakuti turut menemui nasib yang sama. Sekitar 72 orang pula telah dirawat berikutan kecederaan yang dialami mereka di dalam insiden itu.

Para pegawai mengatakan bahawa pengumpulan gas metane adalah punca kepada letupan yang berlaku di bandar Azadshahr pada hari Rabu itu.

/315