Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu secara simbolik telah mencampakkan dokumen yang mengandungi polisi baharu Hamas ke dalam tong sampah. Dokumen itu menyatakan kesediaan pergerakan Hamas untuk menerima negara Palestin berdasarkan sempadan tahun 1967.
Hamas mengumumkan polisi baharu mereka yang menunjukkan kesediaan pergerakan itu untuk menerima proses penubuhan negara Palestin yang merdeka berasaskan sempadan tahun 1967. Dokumen baharu itu turut menegaskan tentang hak Hamas untuk terus menentang kezaliman rejim Tel Aviv.
Menyusuli pengumuman itu, rejim Tel Aviv dengan pantas menuduh Hamas cuba untuk membohongi dunia dengan pendekatan baharu mereka itu.
Netanyahu yang duduk di hadapan mejanya sambil meremukkan dokumen yang didakwanya berisi mesej "kebencian" sebelum mencampakkan dokumen itu ke dalam tong sampah. Perbuatan itu dirakamkannya dengan video sebelum dimuat naik ke dalam media sosial pada hari Ahad.
Sepanjang rakaman itu, Netanyahu mendakwa bahawa pihak media telah terbawa-bawa dengan berita palsu itu sambil menuduh Hamas cuba untuk membohongi dunia.
Pergerakan Palestin itu menyifatkan tindakan Netanyahu itu berbaur perkauman.
Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri mengatakan bahawa tindakan Netanyahu itu merupakan sebuah perilaku 'orang yang lemah' sekaligus menggambarkan kekuatan dan impak dokumen tersebut. -ABNA24
/315
9 Mei 2017 - 11:39
News ID: 828736
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu secara simbolik telah mencampakkan dokumen yang mengandungi polisi baharu Hamas ke dalam tong sampah. Dokumen itu menyatakan kesediaan pergerakan Hamas untuk menerima negara Palestin berdasarkan sempadan tahun 1967.