Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Beberapa laporan menunjukkan bahawa wujud perselisihan di antara Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu berhubung kempen Riyadh ke atas Yaman.
Arab Saudi sebelum ini telah mengetuai sebuah pakatan yang disertai oleh beberapa negara -termasuk UAE- untuk menyerang Yaman di dalam sebuah kempen yang telah berlanjutan selama dua tahun. Riyadh berbuat demikian dalam usaha untuk mengembalikan kuasa kepada kerjaan sekutunya di Yaman.
Menurut Press TV, UAE memiliki beberapa alasan untuk tidak menyenangi perkembangan berkaitan kempen itu. Pertama sekali ialah mereka telah menanggung kehilangan yang besar di dalam kempen tersebut. Perang itu sendiri sejak tahun 2015 telah meragut nyawa sekitar 12,000 orang secara keseluruhan.
Menurut laporan itu juga, tindakan presiden Yaman, Abd Rabbuh Mansur -sekutu kuat Riyadh- juga menimbulkan kemarahan UAE apabila dia memecat dua orang kanannya yang dilaporkan mempunyai hubungan baik dengan negara Teluk Parsi itu.
Salah seorang daripada mereka ialah gabenor bandar pelabuhan Aden sendiri, Mej. Jen. Aidarous al-Zubaidi bertindak balas dengan memutuskan hubungan dengan Hadi -secara automatik juga dengan Riyadh- sebelum menubuhkan sebuah kerajaan dengan wilayah autonomi di selatan Yaman.
Mej. Jen. Nasser Ali al-Nawbah yang merupakan sekutu kuat Abd Rabbuh Mansur menuduh mereka merangka persekutuan sulit dengan UAE dengan membeli senjata daripada mereka dan menubuhkan tentera sendiri untuk menyerang kepentingan Hadi.
Meurut pemerhati, penguasaan ke atas Aden memiliki kepentingan khusus kepada Arab Saudi dan UAE sekaligus mewujudkan persaingan di antara mereka. -Media
/315
13 Mei 2017 - 18:58
News ID: 829604
Beberapa laporan menunjukkan bahawa wujud perselisihan di antara Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu berhubung kempen Riyadh ke atas Yaman.