Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kumpulan pengganas al-Nusra telah melancarkan serangan mengejut ke atas posisi Daesh yang terletak di kawasan sempadan di antara Syria dan Lubnan sekaligus menyebabkan puluhan pengganas terbunuh.
Serangan itu dilancarkan di sebuah wilayah Arsal oleh kumpulan pengganas al-Nusra. Agensi berita Rusia, Ria Novosti yang menukilkan sumber kerajaan Syria mengatakan bahawa kumpulan pengganas Takfiri Daesh kehilangan 33 orang aggotanya di dalam serangan tersebut.
Kawasan berbukit di antara Syria dan Lubnan sudah lama digunakan oleh kumpulan militan untuk menyeludup masuk senjata dan anggota baharu ke Syria.
Kejayaan tentera Syria untuk merampas kembali kawalan ke atas kawasan tersebut telah mengakibatkan beberapa kumpulan militan berada di dalam keadaan terdesak. Pada akhirnya mereka berperang sesama sendiri untuk mendapatkan laluan haram yang diperlukan. -ABNA24
/315
28 Mei 2017 - 02:18
News ID: 832422
Kumpulan pengganas al-Nusra telah melancarkan serangan mengejut ke atas posisi Daesh yang terletak di kawasan sempadan di antara Syria dan Lubnan sekaligus menyebabkan puluhan pengganas terbunuh.