Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam, Ayatullah Syed Ali Khamenei memberi amaran berhubung memberikan kepercayaan kepada Amerika Syarikat sambil berkata bahawa Washington tidak pernah menginginkan kemerdekaan dan perpaduan di negara Iraq.
"Kewaspadaan diperlukan apabila berurusan dengan A.S dan mereka tidak sepatutnya boleh dipercayai kerana mereka dan (negara-negara) boneka mereka menentang kemerdekaan (sebenar), identiti dan perpaduan Iraq," kata Ayatullah Khamenei di dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Iraq di Tehran pada hari Selasa.
Ayatullah Khamenei turut memuji perpaduan yang wujud di antara pelbagai gerakan politik dan keagamaan di dalam kempen Iraq ke atas kumpulan pengganas Takfiri Daesh.
Beliau turut berkata bahawa Unit Gerakan Rakyat yang lebih dikenali sebagai Hashd al-Sha'abi adalah sebuah elemen kuasa yang penting di negara Arab itu.
Beliau menambah dengan mengatakan bahawa Amerika Syarikat menentang kewujudan Hashd al-Sha'abi kerana mereka "mahu Iraq kehilangan elemen kuasanya yang penting."
"Jangan percaya kepada Amerika Syarikat kerana mereka sentiasa mencari peluang untuk melemparkan pukulan semata-mata," katanya.
Ayatullah Khamenei turut memberi amaran bahawa sebarang bentuk perpecahan dan konflik di antara warga Iraq akan membuka jalan kepada Amerika Syarikat untuk mengenakan pukulan tersebut ke atas Iraq.
Beliau turut memberitahu tentang betapa pentingnya menghalang kehadiran tentera A.S di Iraq di bawah alasan latihan ketenteraan.
Menurut beliau, A.S dan beberapa sekutunya di rantau itu tidak mahu memusnahkan Daesh di negara Arab itu. Mereka bahkan cuba untuk memastikan kelangsungan kumpulan pengganas Takfiri itu di Iraq.
Ayatullah Khamenei turut menekankan perihal pentingnya memelihara integriti wilayah Iraq dan berkata "Sebagai jiran, Republik Islam Iran menentang sebarang desas-desus berhubung penganjuran sebarang referendum tentang pemisahan sebahagian wilayah daripada negara Iraq."
Beliau turut menyatakan harapannya untuk melihat kerajaan Iraq mampu menangani masalah yang mereka hadapi dengan baik.
Beliau juga berkata bahawa "Kerajaan Iraq perlu diperkukuhkan dengan segala macam cara dan setiap pergerakan politik serta keagamaan di Iraq perlu menyokong kerajaan sedia ada di negara itu." -ABNA24
/315
20 Jun 2017 - 23:15
News ID: 837782
Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam, Ayatullah Syed Ali Khamenei memberi amaran berhubung memberikan kepercayaan kepada Amerika Syarikat sambil berkata bahawa Washington tidak pernah menginginkan kemerdekaan dan perpaduan di negara Iraq.