8 Julai 2017 - 08:20
Bayi Palestin Terbunuh Akibat Terhidu Gas Pemedih Mata Israel

Seorang bayi Palestin meninggal dunia akibat lemas dua bulan selepas menghidu asap pemedih mata yang ditembak oleh pihak berkuasa rejim Zionis ke arah para penunjuk perasaan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang bayi Palestin meninggal dunia akibat lemas dua bulan selepas menghidu asap pemedih mata yang ditembak oleh pihak berkuasa rejim Zionis ke arah para penunjuk perasaan.

Abdul-Rahman Mohammad al-Barghouthi yang berusia satu setengah tahun disahkan meninggal dunia pada hari Jumaat di sebuah hospital yang terletak di Ramallah, lapor agensi berita Palestin, Safa.

Menurut laporan, bayi itu terdedah kepada unsur bertoksik di dalam gas pemedih mata ketika pihak berkuasa rejim bertempur dengan para penunjuk perasaan Palestin di kampung Aboud yang terletak di utara Ramallah.

Pada 31 Julai tahun 2015, beberapa peneroka Yahudi turut membunuh seorang lagi bayi Palestin apabila mereka melontarkan bom api dan Molotov Cocktail ke arah dua buah rumah yang terletak di kampung Duma sekaligus menyebabkan kedua-dua buah rumah terbakar ketika para penghuni rumah sedang nenyak tidur.

Tindakan kejam peneroka Yahudi itu menyebabkan bayi 18 bulan, Ali Dawabsheh terbunuh. Ibu dan bapanya turut terbunuh akibat daripada kecederaan yang mereka alami daripada serangan pengganas tersebut. -ABNA24

/315