28 Oktober 2017 - 02:25
Myanmar Tahan Wartawan Malaysia, Singapura Guna Dron

Pihak berkuasa Myanmar menahan 2 wartawan, masing-masing rakyat Malaysia dan Singapura kerana menggunakan dron untuk mengambil gambar, lapor Channel NewsAsia.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pihak berkuasa Myanmar menahan 2 wartawan, masing-masing rakyat Malaysia dan Singapura kerana menggunakan dron untuk mengambil gambar, lapor Channel NewsAsia.

Media Myanmar mengenal pasti wartawan yang ditahan sebagai Malaysian Mok Choy Lin, 47, dan warga Singapura Lau Hon Meng, 44.

Portal berita itu berkata wartawan Singapura terbabit berkhidmat dengan Radio dan Televisyen Turki.

Kementerian Penerangan Myanmar berkata wartawan itu mahu mengambil gambar bangunan parlimen dan pagoda di ibu kota Nay Pyi Taw.

Kementerian itu berkata mereka telah memaklumkan kedutaan Malaysia dan Singapura mengenai penahanan itu.

Siasatan berhubung kejadian itu sedang dijalankan, tambah portal itu.

Dron semakin popular di kalangan wartawan untuk mengambil gambar dari udara dan sering digunakan di zon bencana atau tempat yang tidak dapat diakses.