3 November 2017 - 16:43
A.S Dan Rejim Israel Dukung Pengganas Di Timur Tengah: Iran

Seorang pegawai kanan Iran berkata bahawa Amerika Syarikat, rejim Israel dan beberapa negara di Timur Tengah mendukung kumpulan aktiviti kumpulan pengganas Takfiri di rantau tersebut sambil menambah dengan berkata bahawa kumpulan ekstremis tersebut dan para pendukung mereka kini berada di ambang kehancuran.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang pegawai kanan Iran berkata bahawa Amerika Syarikat, rejim Israel dan beberapa negara di Timur Tengah mendukung kumpulan aktiviti kumpulan pengganas Takfiri di rantau tersebut sambil menambah dengan berkata bahawa kumpulan ekstremis tersebut dan para pendukung mereka kini berada di ambang kehancuran.

"Para pengganas, pelampau dan gerakan Takfiri didukung oleh A.S, rejim Zionis dan beberapa negara di rantau Timur Tengah yang tidak mahu melihat kestabilan, keamanan, kemerdekaan dan perpaduan di antara negara-negara serantau," kata Ali Akbar Velayati yang merupakan penasihat kanan kepada Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran berhubung urusan antarabangsa. Beliau membuat kenyataan itu di dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Lubnan, Saad Hariri di Beirut pada hari Jumaat.

Velayati juga menambah dengan mengatakan bahawa kumpulan Takfiri di rantau itu akan dimusnahkan secara keseluruhan di dalam masa yang terdekat.

Beliau juga menekankan bahawa Republik Islam Iran mengalu-alukan kestabilan dan kemerdekaan Lubnan sambil merujuk kepada kenyataan Hariri sebelum ini yang menyatakan bahawa beliau akan menyertai kerajaan campuran bersama-sama dengan Hizbullah.

"Pembentukan kerajaan campuran tanpa syak merupakan sebuah kejayaan buat semua warga Lubnan," kata Velayati.

Perdana Menteri Lubnan pula menegaskan perihal pentingnya meningkatkan tentangan terhadap kumpulan ekstremis dan Takfiri dalam rangka menghadapi cabaran yang mereka bawa ke rantau itu.

Pertemuan Velayati Dengan Nasrallah

Velayati yang tiba di Beirut pada hari Khamis untuk menyertai persidangan kedua Kesatuan Cendekiawan Muqawwamah Antarabangsa turut mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah pada hari Jumaat.

Kedua-dua mereka saling bertukar pendapat berhubung perkembangan terbaharu di rantau Timur Tengah. -ABNA24

/315