4 November 2017 - 13:44
Amaran Serangan Pengganas Secara Bersendirian Di Filipina

Selepas lebih seminggu kerajaan Filipina mengumumkan kemenangan ke atas kumpulan militan pro Daesh di bandar Marawi, para pegawai keselamatan menyuarakan kebimbangan berhubung akan berlakunya lagi serangan pengganas secara bersendirian.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Selepas lebih seminggu kerajaan Filipina mengumumkan kemenangan ke atas kumpulan militan pro Daesh di bandar Marawi, para pegawai keselamatan menyuarakan kebimbangan berhubung akan berlakunya lagi serangan pengganas secara bersendirian.

Berhubung perkara itu, Australia juga telah mengeluarkan amaran bahaya tahap tinggi kepada rakyatnya supaya berhati-hati ke berkunjung ke Manila.

Pertempuran di antara anggota tentera dan elemen kumpulan militan masih berterusan. Lebih daripada 1,100 orang terbunuh termasuk 165 anggota tentera sepanjang konflik yang berlanjutan selama 5 bulan.

"Sebuah kebimbangan selepas (tragedi) Marawi ialah kemungkinan serangan pengganas yang bertindak berseorangan," kata jurucakap bahagian pertahanan Arsenio Andolong kepada pemberita.

Pihak tentera juga kekal di dalam keadaan berjaga-jaga selepas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte berkata bahawa terdapat lima buah bandar di Mindanao yang berpotensi menjadi sasaran pengganas setelah menghadapi kekalahan di Marawi.

Kedutaan Australia pada hari Jumaat telah mengeluarkan amaran perjalanan yang turut merangkumi bandar Manila sendiri.

“Sentiasa berhati-hati di sekitar kawasan yang tahap keselamatannya rendah dan tempat yang dikenali mungkin menjadi sasaran pengganas,” menurut Kedutaan Australia dalam satu kenyataan dikeluarkan.

Amaran itu turut menasihatkan warga Australia untuk mempertimbangkan semula sebarang bentuk perjalanan ke Timur Mindanao dan mengelakkan kawasan sentral dan barat wilayah itu secara keseluruhan. - REUTERS