Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Bakal Raja Arab Saudi telah memperkukuhkan kuasanya di negara Arab itu melalui sebuah operasi membasmi korupsi dengan menahan beberapa orang ahli keluarga diraja, menteri dan pelabur termasuk Alwaleed bin Talal yang merupakan ahli perniagaan paling terkemuka di negara tersebut.
Putera Alwaleed yang juga anak saudara kepada Raja Salman dan pemilik firma pelaburan Kingdom Holding melabur di dalam pelbagai firma antarabangsa seperti Citigroup serta Twitter. Beliau adalah antara 11 orang putera, 4 orang menteri dan puluhan bekas menteri yang ditahan di dalam operasi itu.
Berita tersebut mula tersebar pada awal hari Ahad selepas Raja Salman mengeluarkan dekri berhubung penubuhan jawatankuasa anti-korupsi yang dipengerusikan oleh Putera Mahkota Mohammed. Beliau adalah putera kepada Raja Salman sendiri yang sepanjang 3 tahun ini sibuk memperkukuhkan kuasanya di negara Arab itu.
Para penganalisis berkata bahawa penahanan itu dibuat oleh Putera Mahkota Mohammed dalam rangka untuk mengenepikan figur-figur berkuasa daripada lapanngan politik di negara Arab yang kaya dengan minyak tersebut. -ABNA24
/315
5 November 2017 - 15:20
News ID: 864807
Bakal Raja Arab Saudi telah memperkukuhkan kuasanya di negara Arab itu melalui sebuah operasi membasmi korupsi dengan menahan beberapa orang ahli keluarga diraja, menteri dan pelabur termasuk Alwaleed bin Talal yang merupakan ahli perniagaan paling terkemuka di negara tersebut.