Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Israel menolak desakan berhubung siasatan bebas membabitkan pembunuhan kira-kira 17 penduduk Palestin yang dilakukan oleh rejim Zionis ketika satu demonstrasi besar-besaran di sempadan Gaza-Israel kelmarin.
Demonstrasi tersebut bertukar menjadi pertempuran ganas antara penduduk Palestin dan rejim Zionis, turut mencederakan beratus-ratus yang lain.
Rejim Zionis berdepan kritikan daripada kumpulan hak asasi manusia kerana menggunakan peluru hidup dalam pertempuran berkenaan.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres dan Ketua Diplomatik Kesatuan Eropah (EU), Federica Mogherini menggesa agar siasatan bebas dijalankan berhubung perkara itu.
Dalam pada itu, Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman berkata siasatan tersebut bersifat hipokrit.
“Tidak akan ada suruhanjaya siasatan. Tidak ada perkara seumpama itu di sini.
“Kami tidak akan bekerjasama dengan mana-mana suruhanjaya siasatan,” jelas Lieberman. - AFP
1 April 2018 - 16:34
News ID: 887756
Israel menolak desakan berhubung siasatan bebas membabitkan pembunuhan kira-kira 17 penduduk Palestin yang dilakukan oleh rejim Zionis ketika satu demonstrasi besar-besaran di sempadan Gaza-Israel kelmarin.