Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pasukan tentera Yaman, yang disokong oleh para pejuang dari Jawatankuasa Rakyat, telah melancarkan sekurang-kurangnya lapan buah peluru berpandu balistik buatan negara Arab itu ke atas beberapa "kawasan ekonomi dan sasaran penting" di wilayah Jizan yang terletak di bara daya Arab Saudi sebagai tindak balas atas kempen rejim Saudi terhadap negara itu, lapor media Yaman.
Rangkaian televisyen berbahasa Arab, al-Masirah, yang menukilkan sumber ketenteraan, melaporkan bahawa peluru berpandu balistikjarak pendek, Badr-1 telah dilancarkan pada pagi hari Sabtu ini, sambil menambah bahawa projektil itu telah telah mengenai beberapa sasaran "ekonomi dan penting" di wilayah tersebut dengan ketepatan memberangsangkan.
Laporan serangan peluru berpandu, yang juga dilaporkan oleh agensi berita rasmi Saba, Yaman, tidak memberikan butiran lanjut mengenai lokasi sasaran dan jumlah korban serta kerosakan yang ditanggung oleh rejim al-Saud.
28 April 2018 - 16:27
News ID: 891254
Pasukan tentera Yaman, yang disokong oleh para pejuang dari Jawatankuasa Rakyat, telah melancarkan sekurang-kurangnya lapan buah peluru berpandu balistik buatan negara Arab itu ke atas beberapa "kawasan ekonomi dan sasaran penting" di wilayah Jizan yang terletak di bara daya Arab Saudi sebagai tindak balas atas kempen rejim Saudi terhadap negara itu, lapor media Yaman.