Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Hampir 300 peneroka Israel dilaporkan telah menyerang kompleks Masjid al-Aqsa yang terletak di Old City Baitulmuqaddis.
Firas al-Debs, ketua biro media Bahagian Endowmen Islam di Baitulmuqaddis berkata bahawa sejumlah 284 peneroka menyerbu masuk ke tapak suci melalui Bab al-Magharibah di bawah perlindungan ketat beberapa kumpulan askar Israel dan pasukan polis khas, lapor agensi berita berbahasa Arab, Safa.
Debs menambah bahawa para peneroka juga cuba melakukan perbuatan yang dianggap provokatif oleh rakyat Palestin di halaman masjid sekaligus memaksa para penziarah Muslim dan pengawal masjid bertindak menghalang mereka.
Pegawai Palestin terus mengatakan bahawa lebih banyak peneroka dan pelampau Israel dijangka menyerbu masuk ke Masjid al-Aqsa pada hari esok sempena sambutan hari libur Yahudi, Shavuot.
Wilayah Palestin yang dijajahi telah menyaksikan ketegangan baru sejak Presiden A.S Donald Trump mengumumkan keputusannya pada 6 Disember tahun lalu untuk mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel dan memindahkan kedutaan A.S di Israel dari Tel Aviv ke bandar yang dijajahi itu.
20 Mei 2018 - 18:25
News ID: 894272
Hampir 300 peneroka Israel dilaporkan telah menyerang kompleks Masjid al-Aqsa yang terletak di Old City Baitulmuqaddis.