5 Januari 2019 - 17:11
Senjata Buatan Israel-A.S Ditemui Di Depot Pengganas: Agensi Berita Syria

Tentera kerajaan Syria menemui senjata buatan rejim Zionis Israel dan Amarika Syarikat di sebuah depot senjata milik kumpulan militan Takfiri yang terletak di wilayah barat daya negara itu, Dara'a.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tentera kerajaan Syria menemui senjata buatan rejim Zionis Israel dan Amarika Syarikat di sebuah depot senjata milik kumpulan militan Takfiri yang terletak di wilayah barat daya negara itu, Dara'a.

Sumber maklumat yang tidak mahu namanya disiarkan, memberitahu agensi berita Syria SANA bahawa pasukan keselamatan negara Arab tersebut telah melancarkan operasi pembersihan di desa Umm al-Mayazin dan Saida pada hari Sabtu. Menurutnya, ketika operasi itu berlangsung, mereka berjaya menemui sebuah depot senjata yang sebelum ini telah ditinggalkan oleh kumpulan pengganas Takfiri.

Sumber itu menambah bahawa pelbagai jenis senjata termasuk periuk api anti-personel, alat peledak, pelbagai jenis mesingan, pelancar roket, peluru mortar serta serbuk yang digunakan dalam proses pembuatan bom.

Beberapa peranti telekomunikasi juga berjaya ditemui daripada sarang militan tersebut.

Penemuan itu berlaku sehari selepas pasukan tentera kerajaan Syria berjaya menemui peluru berpandu anti-kereta kebal buatan Amerika Syarikat; BGM-71 TOW di sebuah kubu militan yang terletak di desa Tell Dahab di wilayah pusat Syria Homs. Kubu itu sebelum ini telah ditinggalkan oleh kumpulan militan tersebut.

Tentera kerajaan Syria pada hari Sabtu turut melancarkan serangan hebat ke atas posisi pengganas yang terletak di wilayah padang pasir Wadi al-Durat dan beberapa bandar seperti al-Lataminah dan Hasraya sekaligus memberikan pukulan keras kepada kumpulan pengganas.

Sejumlah besar anggota kumpulan militan Takfiri dilaporkan terbunuh atau menaglami kecederaan sepanjang proses itu.

Syria telah dicengkam oleh kegiatan militansi yang disokong oleh kerjaan asing sejak Mac 2011. Kerajaan Syria mendakwa rejim Israel dan sekutunya di Barat dan rantau Timur Tengah giat membantu kumpulan pengganas Takfiri membawa petaka dahsyat ke atas negara Arab itu.

Amerika Syarikat sebagai contoh memiliki anggota dan pangkalan aktif di negara Arab itu di sebalik kegagalan mereka untuk mendapatkan mandat PBB untuk mencabul kedaulatan Syria.

Akan tetapi, perkembangan terkini menyaksikan bahawa A.S telah mula meninggalkan negara itu atas alasan bahawa operasi membenteras Daesh di Syria telah mnecapai objektifnya.

Presiden Donald Trump membuat pengumuman berhubung penarikan keluar tentera A.S dari negara Arab tersebut. Keputusan itu kemudiannya disahkan oleh Pentagon dan menurut beberapa laporan, proses pemindahan tentera serta perkakasan A.S dari negara Syria telahpun bermula.

Pengumuman Presiden Trump itu telah mengejutkan ramai pegawai dan sekutu negara Amerika Syarikat sendiri khususnya yang berada di rantau Timur Tengah seperti rejim Zionis Israel. -PRESS TV