8 Januari 2019 - 18:33
Pengarah Perhimpunan Ahlul Bait Sedunia Di Iraq Bertemu Dengan Syeikh Isa Qassim

Pengarah Perhimpunan Ahlul Bait Sedunia cawangan Iraq bertemu dengan Ayatullah Sheikh Isa Qassim di Najaf.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pengarah Perhimpunan Ahlul Bait Sedunia cawangan Iraq bertemu dengan Ayatullah Sheikh Isa Qassim di Najaf.

Hujjat-ul-Islam Pahlavan Zadeh Behbahani yang mewakili Perhimpunan Ahlul Bait Sedunia cawangan Iraq bertemu dengan Ayatullah Sheikh Isa Qassim.

Syeikh Isa Qassim merupakan seorang pemimpin rohani di dalam Revolusi Bahrain.

Di dalam pertemuan itu, Hujjat-ul-Islam Behbahani menyampaikan salam dan ucap selamat daripada Hujjat-ul-Islam Akhtari yang merupakan Setiausaha Agung Perhimpunan Ahlul Bait sedunia kepada Sheikh Isa Qassim.

Hujjat-ul-Islam Behbahani juga menerangkan beberapa kegiatan pertubuhan itu di Iraq, termasuk penghantaran mubaligh ke universiti, masjid dan hussainiyah, kegiatan kebudayaan terkait semasa hari peringatan Arbain dan Zaman Fajr, hari ulang tahun kewafatan Imam Khomeini dan Hari Quds Dunia.

Beliau juga menyampaikan laporan lengkap berhubung reaksi dan aktiviti-aktiviti pertubuhan tersebut sepanjang beberapa tahun lalu dalam rangka menyokong Revolusi Kebangkitan Rayat Bahrain yang Ditindas

Beliau berkata: "Antara aktiviti yang berjalan secara berterusan adalah pengiriman surat daripada Setiausaha Perhimpunan Ahlul Bait Sedunia berhubung penangkapan tuan kepada pelbagai pihak; termasuk pihak berkuasa dan personaliti dunia; surat-surat itu dihantar oleh saya sendiri kepada Ayatullah Sistani, Hakim, Fayyaz, Bashir Najafi, Yaghoubi dan ulama-ulama Najaf yang lain. - Press TV